Tuesday, 22 November 2016

CINTA ALAM



Laut biru terbentang  luas

Dada langit terbentang biru

Terasa segar melihat kehijauan alam.



Hati ini berasa bahagia

Melihat laut yang luas terbentang

Membuatkan hati aku sangat tenang

Aku terbuai dengan angin yang sayup.



Burung-burung melebarkan sayap

Terlihat sangat gembira berkicau-kicauan

Begitu gembira mereka bernyanyi

Bagai berlumba dengan nyanyian ombak.



Aku terpesona dengan alam yang indah

Terdengar desiran angin yang berima

Tumbuhan yang menari-nari kerana dek angin

Suasana yang sepi menjadi riang

Suasana yang gelap menjadi terang.



Wahai pencipta alam

Kekagumanku sulit untuk aku pendam

pesonanya tidak akan pernah padam.

RINTIHAN SEORANG SAHABAT



Hubungan kita seperti mawar
Walaupun berduri namun  tetap indah
Seperti kita ada pahit dan ada manis
Namun itulah yang menguatkan ikatan kita
Aku bersyukur kerana mengenali engkau
Aku bersyukur kerana adamu sahabat
Yang sentiasa menemani aku
Walaupun ada kalanya suka dan duka

Aku tenggelam dalam lautan cinta
Terlelap dalam mimpi yang indah ini
Aku harap ia bukanlah sekadar mimpi
Yang kita lalu detik demi detik
Duniaku rasa indah kerana adanya engkau sahabat
Dan aku harap kita kekal selamanya sahabat
Dengarlah jeritan hati ini wahai sahabat
Aku sayang padamu sahabat.

WARISAN MELAYU



Hendak pergi menangkap ikan,
Pergi ke laut membawa pukat,
Warisan melayu jangan dilupakan,
Kerana ia kebanggaan sepanjang hayat.

Jangan melihat  rupa sahaja,
Rupa yang indah tidak akan kekal,
Menjana idea para remaja,
Menulis dan menghayati puisi tradisional.

Naik perahu singgah seberang,
Perahu dibuat daripada papan,
Keris dan pedang bukan sebarang,
Senjata pahlawan zaman-berzaman.

Monday, 21 November 2016

PANAHAN TEKNOLOGI



Dari hari ke hari

Teknologi semakin bertambah maju

Maklumat hanya di hujung jari

Tidak perlu bersusah payah membuka buku.



Teknologi dapat memberi kebaikan

Teknologi juga dapat memberi keburukan

Menghasut minda anak kecil

Lemah dalam membaca buku

Tetapi gagah menatap skrin gadget.



Namun teknologi memajukan negara

Tanpanya negara akan mundur

Kerana tidak celik ilmu sains dan IT

Seperti Jepun yang maju dengan teknologinya

Yang selalu berubah dari semasa ke semasa



Oh teknologi masa kini

Aku tetap berterima kasih kepada mu

Kerana dapat memberi kesenangan kepada kami

Jika kami bijak menggunakan mu.

EKONOMI KINI



Negaraku Malaysia

Indah pada suasananya

Bangunan yang tinggi mencakar langit.



Ekonominya mengalami krisis

Para rakyat semakin risau

Para graduan bertambah susah hati

Dan juga semakin ramai para penganggur.



Semuanya harus bekerja keras

Semuanya hanya mahu lega bernafas

Semoga masalah ini tidak berpanjangan

Semoga Malaysia sentiasa dalam keamanan.