Comel sungguh kereta kelisa,
Kecil-kecilnya tapi laju dijalanan,
Kenali jiran berbagai bangsa,
moga jalinan mendapat keberkatan.
Cantik sungguh padi disemai,
Menjadikan hati lebih aman,
semangat perpaduan perlu disemai,
agar kehidupan menjadi aman.
Laila berjalan pergi ke pekan,
senyuman manis seperti madu,
pelbagai keturunan bukan halangan,
untuk membina bangsa yang padu.
Tuan puteri dari kayangan,
Wajahnya cantik seperti bunga,
Hidup bersepadu perlu diamalkan,
Di negara yang berbilang bangsa.
No comments:
Post a Comment