Melangkah ke ruang perpustakaan,
Kedinginan menerpa dari kehangatan
Mata melirik seluruh rak dipenuhi buku
Hati menjadi tenang perasaan menjadi indah
Di sudut hati terasa
kerdil
Berdiri di tengah-tengan lautan ilmu
Aku adalah pelayar yang dahaga
Dahagakan ilmu yang banyak lagi belum diteroka
Ilmu yang dicurah sejak kecil
Masih ada banyak lagi yang belum tersemat dihati
Hanya setitik dan hanya sebiji dari mutiara
Yang ada di dada ini berbanding di lautan ilmu ini.
No comments:
Post a Comment